Pages

INIGIN MENJUAL SURAT PAJAK DAN BARANGAN KEMAS TERPAKAI?

SILA HUBUNGI SAYA DI NO 0176645505 EN.REN..

KHIDMAT SEKS DI SEBALIK URUT KAKI.

JOHOR BAHRU: Berselindung di sebalik khidmat urutan kaki, wanita warga asing di premis di Taman Desa Tebrau dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pengunjung bagi memperoleh pendapatan lebih.
Dalam ‘Ops Sayang’ dilakukan Jabatan Imigresen Johor kelmarin, sembilan wanita, lima warga China dan empat Thailand, ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pekerjaan sah.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Hamzari A Jalil berkata, serbuan dilakukan jam 3 petang membabitkan 20 anggota dan pegawai hasil risikan dan maklumat orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.
Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dipercayai majikan warga asing terbabit bagi membantu siasatan. “Mengikut maklumat diterima, wanita tukang urut di premis itu menyediakan pakej tambahan kepada pelanggan yang berminat melakukan hubungan seks, namun perkara itu masih dalam siasatan. “Pemeriksaan mendapati semua wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang permit pekerjaan sah dan kita menyiasat bagaimana mereka memasuki negara ini,” katanya.

Wanita ditahan berusia antara 23 hingga 45 tahun dan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1963.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya meneruskan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi mengesan majikan yang menggaji wanita warga asing tanpa permit kerja sah.

INGIN MENJUAL BARANGAN KEMAS ANDA??

kami di SA JEWELERY yg berpusat di jalan besar kajang sedia membeli surat pajak dan barangan kemas anda
tidak kira sama ada rosak,patah atau pun yang lama.... kami juga sedia membeli emas putih dan suasa...
berminat?? sila hubungi saya di no; 0176645505 (kami juga sedia menemui anda di lokasi anda berada...

Guru sunyi nodai pelajar.

KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran...

Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.


“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya."

MISTERI KEMATIAN MODEL

Menulis tentang pengalamannya dalam Newsweek, Pomerantsev memberitahu bagaimana dia menemui teman baik Ruslana, Anastasia Drozdova yang turut membunuh diri pada 2009 di Kiev dengan cara sama.

Seperti mana Ruslana, Anastasia adalah peragawati yang mempunyai nama yang semakin meningkat - turut mengakhiri kehidupannya dengan terjun dari bangunan pangsapuri.

Ibu Anastasia, Olga memberitahu Pomerantsev: “Saya menyelongkar biliknya bagi mencari petunjuk. Saya me�nemui beberapa kertas daripada Rose of the World.

“Ungkapan yang pelik: “Anastasia, nyanyianmu adalah pengakhiran musim dingin. Kamu dalam perjalanan ke arah itu.”

“Apakah makna di sebalik ungkapan itu? Apakah ‘Rose of the World’? Saya tahu dia pergi ke sana bersama Ruslana.”

Penerbit filem itu yang mempunyai rakaman kame�ra tersembunyi dan seminar Rose of the World mende�dahkan falsafah kumpulan itu berdasarkan kepada disip�lin yang digelar Lifespring di mana pada tahun 80-an, ia terbabit dengan pelbagai kes undang-undang dan ope�rasinya terpaksa ditutup di Amerika Syarikat.

Ahlinya, jelas Pomerantsev diminta bercakap mengenai pengalaman terburuk mereka dan biasanya membabitkan kisah mengerikan diperkosa serta didera ibu bapa.

Pomerantsev memberitahu ahli ‘The Rose’ mengingati Ruslana sebagai individu yang pandai berucap.

Dia dikatakan membincangkan tentang kematian bapanya dan kisah cintanya yang mengalami kegagalan.

Sementara itu, artikel ber�kenaan melaporkan rakan kepada dua peragawati itu perasan dengan perubahan tingkah laku mereka.

“Anastasia mula me�ngomel, kemudian menangis.” “Dia gemarkan kehidupan glamor tetapi berubah menjalani kehidupan sederhana. Ruslana pula menjadi agresif dan buat kali pertama bersumpah-seranah. Kedua-duanya juga mengalami berat badan berkurangan.

Pembantu Rose of the World, Volodya memberitahu Pomerantsev perubahan pada tingkah laku Ruslana adalah normal.

“Ruslana mempunyai apa yang kami gelar ‘pengunduran’. Dia rasa agak aneh. Anda akan menemui dia merayau-rayau di sekeliling bandar, tidak pasti dengan apa yang dilakukannya.”

“Mungkin dia menangis pada waktu malam. Tetapi dia tidak patut membunuh diri. Kami membantunya menangani apa jua masalah yang dihadapinya,” kata Volodya.

“Dan Anastasia? Kehidupannya sudah tidak menentu. Kami cuba membantunya, kami memang mencuba bersungguh-sungguh tetapi dia tidak mahu berubah. Bidang peragaan atau dadah yang perlu dipersalahkan bukan kami,” katanya lagi.

Pendedahan Pomerantsev daripada The Rose amat menarik. Dia menulis: “Apabila anda menyertai The Rose, terdapat kegelapan dan kebisingan, semuanya dibuat bagi mengejutkan kesedaran fikiran dan pemikiran yang kritikal.”

Menurutnya, ‘pelatih motivasi’ yang bercakap dengan laju tidak akan membantu, malah hanya mengelirukan, mikrofon yang dipasang pada kadar suara tertinggi akan menyakitkan kepala pende�ngar.’

Namun, Ruslana dan Anastasia menemui sesuatu yang menenangkan dalam The Rose dan menyertai ‘kursus latihan tiga hari’ yang memakan kos AS$1,000 (RM3,000) sehari.

Pomerantsev melaporkan Ruslana menghadiri sesi selama tiga bulan di The Rose sebelum pulang ke New York.

Beberapa bulan sebelum kematiannya, dia menulis: “Diri saya bagaikan sudah hilang, apakah saya dapat temui diri ini kembali?”

Sudah tentu terdapat pelbagai alasan mengapa Ruslana membunuh diri. Bekas peragawati dan pakar psikologi, Elena Obukhova percaya industri fesyen patut dipersalahkan.

Ketika hidupnya, pakar sosiologi Emile Durkheim berpendapat, wanita muda terutamanya dari bekas negara Soviet tidak kuat semangat kerana menurutnya, ibu bapa tidak mempunyai tradisi atau sistem nilai untuk diwariskan kepada anak mereka.

Tidak menjadi rahsia bahawa Ruslana berjuang untuk menghadapi kegagalan kisah cinta bersama teman lelaki yang hartawan.

Rakan Ruslana, Luba memberitahu Pomerantsev: “Bekas teman lelaki Ruslana tampan. Ramai perempuan tergila-gilakannya. Dia menjalin hubungan dengan ramai kawan saya. Semua mereka adalah perempuan yang sempurna. - DM

Gonggong kaki


KUCHING: Kaki kanan yang digonggong anjing peliharaan seorang peniaga kuih memberi petunjuk kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibakar sehingga rentung di tapak pembuangan sampah berdekatan sebuah sekolah rendah di Batu Kawah, pagi semalam.
Mayat wanita tidak diketahui identiti itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kaki kanannya dilarikan anjing terbabit sambil menyalak ke arah tuannya yang secara kebetulan baru pulang dari berniaga, kira-kira jam 7 pagi.

Sebelum penemuan itu, wanita peniaga kuih berusia 50-an itu baru masuk ke rumah sewanya dan pelik apabila mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak seperti kebiasaan.
Difahamkan, peniaga terbabit dikatakan pada mulanya tidak mempedulikan salakan anjingnya, namun hatinya tergerak untuk mengetahui punca sebenar sebelum menghampiri tempat haiwan itu berada.

Sebaik menghampiri anjingnya, dia terkejut melihat haiwan itu menggonggong kaki kanan yang tercabut dari paras lutut dalam keadaan rentung, namun tiada anggota badan ditemui di lokasi berkenaan.

Menurut sumber, wanita terbabit terus memanggil seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang secara kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menghubungi polis.

“Sebaik tiba, usaha mencari anggota badan mangsa berjaya ditemui selepas Unit Anjing Pengesan diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang penduduk memberitahu ternampak kepulan asap beberapa hari lalu, namun tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku.

“Ini kerana penghuni menyangka ada penduduk membakar tayar kira-kira jam 11 malam. Namun, pada masa sama, penduduk turut hairan kerana pembakaran berlaku lewat malam,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kaki kanan bercerai daripada anggota badan mangsa dipercayai digonggong anjing sebelum dibawa ke lokasi penemuan itu.

“Pemeriksaan ke atas mayat terbabit tidak menemui sebarang dokumen peribadi, namun hanya mengesahkan mayat terbabit adalah wanita.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

‘Bawah sana’ kurang perhatian

“PSSTT doktor! Saya rasa ada sesuatu di ‘bawah sana’. Rasa tak selesa tapi tak berani hendak periksa sendiri. Boleh doktor tolong tengok?”

Bagi pakar sakit puan wanita, ini bukan permintaan luar biasa kerana tidak ramai wanita yang sanggup melihat apatah lagi memeriksa sendiri anggota sulit mereka.

Bahkan untuk membincang�kan isu kebersihan alat sulit pun agak sukar kerana ia diang�gap perkara memalukan.

Malah ketika bengkel kesihatan dihadiri wartawan wanita (kecuali dua jurugambar lelaki - sudah berkahwin), suasana terasa agak janggal apatah lagi apabila doktor menayangkan gambar yang sepatutnya menjadi rahsia.


“Apa yang membezakan anggota sulit atau faraj dengan muka? Secara analoginya, ia sama dengan muka kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama - ada kulit, rambut dan membran mukus.

Jadi masalah yang dialami pada muka seperti jerawat, reaksi alahan, kekeringan, menggelupas atau jangkitan fungus, juga boleh berlaku di kawasan faraj.

“Kebanyakan wanita sanggup mengeluarkan banyak wang untuk penjagaan muka tetapi bahagian bawah yang turut memerlukan penjagaan rapi kurang diberi perhatian.
“Muka kita tengok dan belai setiap hari tetapi anggota yang sulit itu mungkin tidak pernah dilihat langsung,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Tang Boon Nee.

Persoalannya, adakah kita patut melihatnya?

Ya. Bagaimana? Gunakan cermin. Mengapa? Seperti diterangkan di atas, bahagian yang paling sulit ini juga boleh mengalami beberapa gangguan seperti jangkitan, keradangan (menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab) atau kecederaan selepas terjatuh terutama pada kanak-kanak perempuan.

Antara gangguan yang boleh timbul ialah kehadiran sista Bartholin (benjolan mengandungi cecair di bahagian dalam bibir faraj), alahan, jangkitan herpes, ketuat atau kanser pada bibir faraj.

Walaupun ada antara masalah ini boleh menyebabkan kesakitan tetapi kebanyakan wanita cuba bertahan selama mungkin dan hanya berjumpa doktor apabila kesakitan itu sudah tidak tertanggung.

Namun rungutan yang biasa diterima daripada wanita membabitkan anggota sulit mereka ialah rasa gatal, sakit, bengkak, masalah bau yang kurang menyenangkan, kehadiran lendir atau sebarang bentuk ketumbuhan.

Menurut Dr Tang, masalah yang paling biasa di negara beriklim panas dan lembap seperti negara kita ialah jangkitan. Ia lebih kerap berlaku pada wanita gemuk atau menghidap kencing manis.

Jadi jika anda berada dalam kumpulan ini, perlu lebih berhati-hati kerana risiko untuk mendapat jangkitan adalah lebih tinggi.

Ramai orang beranggapan wanita yang mempunyai kehidupan seksual aktif lebih mudah mendapat jangkitan. Memang benar tetapi wanita yang tidak aktif (seksual) pun boleh mengalami jangkitan kulit faraj.

Masalah pengeluaran lendir seperti putih telur juga menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja berasa tidak selesa.

Bagaimanapun usah bimbang kerana ia normal dan biasanya pengeluaran lendir lebih banyak sebelum haid.

“Jangan panik jika anda mengalami sebahagian daripada perkara yang disenaraikan di atas kerana ia dianggap masalah biasa bagi wanita. Bukan semua rasa gatal disebabkan jangkitan atau ketumbuhan itu kanser. Namun untuk kepastian, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan,” katanya.

Walaupun hampir 80 peratus wanita Malaysia tahu akan kewujudan produk penjagaan bahagian sulit, tetapi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan untuk kawasan yang kecil itu masih rendah.

Berdasarkan soal selidik pengguna yang dijalankan Sanofi Aventis pada 2008; hanya 52 peratus wanita Malaysia yang menggunakan produk sedemikian berbanding 80 peratus di negara Asia Tenggara lain seperti Thailand dan Filipina.

Biasanya produk ini digunakan apabila wanita berhadapan dengan masalah atau sebelum berjumpa doktor. Kebanyakan wanita menghentikan penggunaan produk penjagaan bahagian sulit ini apabila masalah yang dihadapi itu hilang.

“Saya kerap ditanya, adakah cukup membersihkan bahagian sulit dengan air? Jawapannya ya. Ini kerana faraj mempunyai persekitaran yang bersifat berasid dan ia mampu mencegah jangkitan.

“Bagaimanapun tidak salah jika mahu menggunakan produk pencuci khusus untuk keselesaan. Apa yang penting ialah sentiasa memastikan ia sentiasa bersih,” katanya.

Oleh kerana kedudukan faraj sangat dekat dengan usus yang mengandungi banyak jenis bakteria, maka jangkitan mudah berlaku. Antara cara untuk mengelakkan jangkitan ialah memastikan bahagian ‘bawah sana’ dibersihkan dengan baik khususnya selepas buang air besar. Apabila mencuci, pastikan pergerakan menghala ke belakang iaitu membersihkan faraj dulu diikuti dubur. Ini kerana jika pergerakan mengarah ke depan, kita boleh memindahkan bakteria daripada dubur ke faraj.

Perlukah bercukur? Ia terpulang kepada pilihan masing-masing. Ada yang bimbang jika tidak bercukur akan menyebabkan bahagian itu berbau. Anda tidak perlu terlalu risau kerana jika kebersihan terjaga, tiada orang boleh ‘menghidu’ bau anda. Jika didapati ia berbau kuat atau hanyir, itu menandakan ada jangkitan dan segeralah berjumpa doktor.



Apa yang perlu dihindarkan?

Terlalu kerap memakai pakaian ketat (terutama seluar). Tahukah anda seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan bahagian itu berbau.

Membiarkan kelembapan terperangkap dalam jangka masa lama kerana ia menyediakan persekitaran sesuai untuk pembiakan bakteria. Justeru, perlu memastikan seluar dalam anda sentiasa kering.

Pencucian faraj yang berlebihan seperti memancutkan air ke dalam faraj atau memasukkan jari yang bersabun ke dalam faraj untuk membersihkannya. Tindakan ini akan menghilangkan sifat asid pada faraj dan mendedahkan anda kepada jangkitan kulat.

Sentiasa memakai pelapik seluar dalam. Walaupun ia baik untuk menjamin kebersihan tetapi bagi sesetengah wanita khususnya yang sensitif, penggunaan pelapik seluar dalam yang berpanjangan boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi alahan.

Memasukkan objek asing ke mana-mana bahagian faraj termasuk menindik atas apa tujuan sekali pun.


Apa yang boleh dilakukan?

Sentiasa memastikan bahagian sulit sentiasa bersih.

Cuci sekerap mungkin. Boleh gunakan cecair pencuci khas atau sabun yang bersifat lembut

Pakai pakaian yang longgar. Tidak mengapa jika anda gemar berpakaian mengikut bentuk badan, tetapi selang selikan dengan pakaian longgar.

Pastikan bahagian ini sentiasa kering. Anda boleh gunakan alat pengering rambut tetapi pastikan angin tidak panas!

Ketika haid, disarankan supaya kerap menukar tuala wanita dan seluar dalam. Bagi yang menggunakan tampon, pastikan ia dikeluarkan setiap hari sebelum tidur.

Jumpa doktor apabila anda rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Ada kajian menunjukkan pemakanan boleh memberi kesan secara langsung kepada bau faraj. Untuk bau yang lebih ‘manis’ kurangkan makan daging dan produk daging, sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air.

Jangan sapu bedak di bahagian ini. Kajian menunjukkan talkum atau bedak boleh menyebabkan kerengsaan.

ROZITA CHE WAN Belum sedia bertudung


SEKALIPUN berusia 39 tahun, Rozita Che Wan tetap cantik dan kelihatan muda. Justeru, tidak hairanlah apabila ibu tunggal kepada dua anak ini sering dikaitkan dengan gosip percintaan. Bukan saja dengan golongan kenamaan tetapi rakan seangkatan.

Terbaru dan masih hangat, pastinya gosip membabitkan Rozita dan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 23, yang kini tersebar luas. Hinggakan, ahli Kelab Peminat Shahir turut memberi maklum balas kurang senang pada gosip itu.
SEKALIPUN berusia 39 tahun, Rozita Che Wan tetap cantik dan kelihatan muda. Justeru, tidak hairanlah apabila ibu tunggal kepada dua anak ini sering dikaitkan dengan gosip percintaan. Bukan saja dengan golongan kenamaan tetapi rakan seangkatan.

Terbaru dan masih hangat, pastinya gosip membabitkan Rozita dan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 23, yang kini tersebar luas. Hinggakan, ahli Kelab Peminat Shahir turut memberi maklum balas kurang senang pada gosip itu.


Dia tidak sesekali mengelak dan bersikap terbuka memberi penjelasan.

“Tidak dinafikan, memang banyak gosip saya dan Shahir dipaparkan media, sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, kami sekadar rakan sesama artis.

“Tidak salah, kami berkawan dan ia juga tak perlu dipandang serong sesiapa serta kurang disenangi.

“Lima tahun bergelar anak seni, saya sudah lali dengan pelbagai gosip. Terutama, gosip membabitkan kisah percintaan. Saya masih ingat, gosip pertama saya sebagai artis apabila dikaitkan bercinta dengan lelaki yang saya tak pernah kenal.

“Gosip kedua, dengan lelaki yang hanya bersahabat dengan saya. Justeru, sekarang dengan lelaki muda pula. Dalam soal ini, saya fikir adalah lebih elok berkawan dengan lelaki muda berbanding menjalin hubungan dengan suami orang.

“Saya akui selesa berkawan dengan lelaki muda kerana mereka sangat menghormati dan matang. Jadi, saya tak kisah dengan apa yang orang hendak perkatakan. Saya tak berlakon pun orang tetap gosip juga. Oleh itu, gosip memang lumrah hidup artis,” katanya.

Enggan melayan gosip yang tidak berasas, Rozita berkata dia menceburi bidang lakonan bukan suka-suka dan atau memikirkan populariti, tetapi bagi menyara kehidupan keluarga.

Katanya, dia sangat bersyukur rezeki lakonan diterima tidak putus-putus.

Menurut Rozita, jadual lakonan yang padat turut menyebab�kan dia terpaksa melupakan hasrat bersara yang pernah diluahkannya dulu. Jelas Rozita, dia bukan main-main untuk bersara kerana mahu memberi tumpuan pada anak dan perniagaan diusahakan.

“Tetapi, rezeki lakonan yang tak putus diterima membuat�kan saya harus memikirkannya semula. Justeru, buat masa ini saya takkan bersara dan meneruskan karier lakonan seperti biasa. Mengenai perniagaan, saya ada rakan kongsi yang boleh membantu.

“Saya menceburi perniagaan fesyen kerana minat mendalam. Bahkan, saya melihat sememangnya wanita dan gaya cukup sinonim, termasuk mereka yang bertudung. Jadi, dengan penubuhan butik pakaian muslimah My Couture Sdn Bhd, pelbagai pilihan disediakan.

“Apapun, ikutkan rancangan awal dulu perniagaan ini mahu ditubuhkan bersama adik-beradik saya. Namun, semua mereka sudah berkahwin dan memberi tumpuan pada keluarga. Mujur, saya bertemu dengan rakan kongsi, Hanim Sahrom yang memiliki minat sama.

“Hanim selaku pengarah kreatif My Couture memang mempunyai banyak idea terutama dalam rekaan busana muslimah. Menerusi perniagaan ini, kami bertindak sebagai pembekal busana seperti ju�bah, tudung dan pakaian wanita yang sedia dipakai untuk butik terpilih,” katanya.

Lebih banyak mengendalikan urusan pemilihan material, Rozita juga terbabit dalam rekaan mini tudung. Biarpun, masih belum terbuka hati untuk berhijab (tudung) tetapi, apa salahnya kebolehan yang ada dimanfaatkannya dengan mendorong orang lain bertudung.

“Sebagai rakan kongsi, saya dan Hanim saling bertukar idea mengenai rekaan pakaian terbaru untuk butik ini. Justeru, setiap tiga bulan, kami akan tampil dengan rekaan terkini. Saya beruntung kerana Hanim memiliki kepakaran dalam rekaan busana muslimah.

“Saya percaya dan yakin dengan Hanim. Ini kerana, kami berdua memang berkongsi minat yang sama,” kata Rozita kini di Perlis menjayakan penggambaran drama Diari Summer Camp terbitan Zeel Production Sdn Bhd yang menggandingkannya bersama Shahir.

Berdepan jadual lakonan padat, Rozita terpaksa mengorbankan masa tidurnya untuk memberi komitmen terhadap perniagaan fesyen yang serius diceburinya secara sejak awal tahun ini.

Katanya, My Couture juga menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom.

Berbicara mengenai harga pakaian di butiknya, Rozita memaklumkan harga ditetap�kan bagi setiap pakaian yang dijual mampu dimiliki golongan pelanggan yang berpendapatan sederhana dalam anggaran antara harga RM1,000 dan ke bawah.

Selain menjual secara pukal, pelanggan persendirian yang berminat untuk melihat dan menempah rekaan pakaian muslimah dihasilkan, melayari laman web www.mycouture.com.my atau mengunjungi bengkel mereka yang bertempat di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Menyentuh pula mengenai perkembangan anak sulung, Ammar Effendy Azuar, 15, yang dikatakan mengalami kecederaan akibat dipukul di sekolah berasrama penuh, Rozita berkata, kini kedua-dua anak lelakinya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra, 13 meneruskan pelajaran di sekolah menengah biasa.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Rozita berkata, dia dan bekas suami bertindak menukarkan sekolah anak mereka bagi memastikan pelajaran tidak terganggu. Ini kerana, kata Rozita akibat insiden itu anaknya trauma dan lebih baik ditukarkan sekolah.

“Saya seorang ibu yang sangat mementingkan pendidikan anak-anak. Saya hantar mereka ke sekolah untuk menimba ilmu dan bukan untuk bergaduh. Malah, demi keselamatan anak saya adalah lebih baik mereka meneruskan pelajaran di sekolah biasa saja.

“Apapun, saya tidak berniat untuk membesar-besarkan perkara ini lagi. Cuma, apa yang terjadi kepada anak saya itu adalah benar dan kami mempunyai bukti kukuh seperti laporan pemeriksaan doktor di hospital dan laporan polis,” katanya tenang.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Rozita Che Wan
TARIKH LAHIR: 9 Mac 1972
USIA: 39 tahun
ASAL: Alor Setar, Kedah
KELUARGA: Anak kedua daripada tujuh beradik
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 13
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
KERJAYA: Pelakon, model & ahli perniagaan
DRAMA/ TELEFILEM: Lebih puluhan drama. Antaranya Bara Yang Ku Genggam, Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique, Ayyad, Kuih Goyang Seha, Lawaknya Fantasia Raya, Madu Sorok, Cikgu Kemisah Kerby, Kiah Pekasam, Kem Pink, Dosa Siapa, Iparku Diva dan Diari Summer Camp.
FILEM: Dunia Baru The Movie, Sepi, Sifu & Tongga, Jangan Tegur, Kantoi, 4 Madu, Gentayangan, Misteri Dendam Balan Balan The Movie.
DUTA PRODUK: Safi Rania Gold
PERNIAGAAN: My Couture Sdn Bhd

BERITA INI DI PETIK DARI :-
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Belumsediabertudung/Article/index_html

KUALA PILAH - Ibu ‘keringkan hati cari jasad anak dalam sungai..


KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.

Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.


Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.

Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.


Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.


“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.

“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.


Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.

Curi Motosikal Simpan Di Rumah banyak-banyak

motor curi
...Pelajar sebuah sekolah menengah di sini berusia 15 dan 18 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu 6, 
Pengkalan Chepa dekat sini selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima banyak laporan mengenai kehilangan motosikal di kawasan tersebut.......


Mereka telah bergiat sejak empat bulan lalu dan menyimpan kesemua motosikal yang telah dileraikan komponennya itu di dalam sebuah bilik dan stor di rumah tersebut.


Difahamkan, perbuatan jahat dua beradik itu tidak diketahui oleh ibu bapa mereka.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, kelantan
Supritendan Idris Abd. Rafar memberitahu, dalam serbuan itu, pihaknya menemui pelbagai jenis sepana dan komponen motosikal seperti enjin, rim sport, penyerap hentak, fork serta set pelindung motosikal di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Rin Kajang Di Coco Banana Sunway



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...